Thursday 30 July 2015

Sesi perjumpaan murid galus bersama Guru Besar

Sesi pertemuan bersama murid galus bersama Guru Besar telah diadakan di bilik mesyuarat sekolah bagi mebincangkan tentang halatuju murid galus dalam UPSR2015 nanti. Disamping memberi motivasi kepada murid, sesi ini juga bertujuan sebagai salah satu strategi bagi meningkatkan pencapaian upsr bagi tahun ini.

Sunday 26 July 2015

Perbincangan Profesional Mingguan

Perbincangan profesional selepas perhimpunan telah diadakan pada pagi ini. Banyak input-input baru dan idea-idea baru dilontarkan dalam perbincangan tersebut. Terima kasih semua.

Thursday 23 July 2015

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015/1436H

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri telah diadakan pada hari ini dengan penuh meriah sekali dengan murid-murid serta guru-guru berpakaian hari raya penuh warna-warni dalam suasana penuh meriah.

Tuesday 14 July 2015

Perasmian penutup Ihya' Ramadhan, agihan zakat dan sumbangan duit raya.

Perasmian penutup Ihya' Ramadhan, agihan zakat dan sumbangan duit raya telah diadakan di ruang legar sempena bulan Ramadhan dan menjelang bulan Syawal. Antara aktiviti pada hari ini adalah Majlis Khatam Al-Quran disusuli dengan penyampaian cenderahati bagi murid literasi khatam Iqra', galakan puasa penuh tahun 1 dan sumbangan Tabung Sesuci Ramadhan. Gambar aktiviti akan menyusul.