Sunday 31 July 2011

Tazkirah Ramadan sempena Sambutan Bulan Ramadan

Tazkirah Ramadan sempena Sambutan Bulan Ramadan telah diadakan di tapak perhimpunan oleh Ustaz Wan Ariff sebentar tadi.

Wednesday 27 July 2011

Solat hajat "Naik rumah baru" bangunan Pra Sekolah

Satu solat hajat "naik rumah baru" bangunan pra sekolah telah di adakan di bangunan baru Pra Sekolah menandakan penerimaan bangunan tersebut daripada kontraktor. Turut sama menghadiri majlis tersebut ialah Puan Guru Besar Hj Marilah Abdullah dan beberapa orang guru dan kakitangan sekolah.
 Ustaz Sharifuddin mengimamkan solat hajat
 Antara yang hadir di majlis tersebut
 Puan Guru Besar juga turut serta
 Acara makan selepas solat hajat

Tuesday 26 July 2011

Majlis Perjumpaan Ibubapa Murid UPSR dengan Pentadbir

Satu majlis perjumpaan ibubapa murid UPSR dengan pentadbir sekolah telah diadakan sejak semalam dan dijangka berakhir esok. Ini adalah kerana ia dibuat mengikut kumpulan kelas bertujuan supaya tumpuan yang lebih dapat dilakukan kepada setiap murid sekolah.
 Guru kelas sedang membahagi-bahagikan slip keputusan UBB3 kepada ibubapa.
 Puan Guru Besar bersama PK Pentadbiran sedang sibuk melayan ibubapa dalam sesi soaljawab
Antara ibubapa yang hadir

Sekitar Hari Perkhemahan Kokurikulum Sekolah

Pihak sekolah telah dengan jayanya mengadakan Hari Perkhemahan Sekolah yang di adakan pada hari Khamis 21 Julai 2011 hingga Sabtu 23 Julai 2011.
 Acara Kawad Kaki
 Perhimpunan pagi
 Persiapan khemah setiap unit

Wednesday 20 July 2011

Bengkel menjawab soalan UPSR Sains

Pihak sekolah telah mengadakan bengkel menjawab soalan Sains yang diadakan di dewan sekolah pada 20 Julai 2011 pukul 8.30 malam oleh Tuan HJ Rosdi dari SK Lubok Setol Rantau Panjang.