Tuesday 13 September 2011

Selamat menempuh UPSR 2011

Kami seluruh warga SK Mulong 2 ingin mengucapkan selamat menempuh peperiksaan UPSR 2011 kepada semua murid tahun 6 dengan doa dan harapan semoga semuanya memperoleh kejayaan dengan mendapat 5A.

Monday 12 September 2011

Majlis Restu Ilmu Murid UPSR 2011

Satu Majlis Restu Ilmu Murid UPSR 2011 telah diadakan sebentar tadi di ruang legar.

Majlis sembahyang hajat ibubapa murid UPSR 2011

Satu majlis sembahyang hajat ibubapa murid UPSR 2011 telah diadakan pada pagi 11 September 2011 di Surau sekolah. Berikut adalah visual bagi majlis tersebut.
 Ustaz Wan Ariff sedang memberi sedikit taklimat sebelum majlis dimulakan.
 Antara bapa yang hadir manakala kaum ibu berada di balik tabir.
Mengaminkan doa untuk kejayaan murid-murid.

Monday 5 September 2011

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah telah diadakan pada 4 September 2011 di Ruang Legar sekolah. Acara yang penuh dengan suasana Hari Raya ini di penuhi dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan nyanyian oleh murid-murid, sketsa dan diakhiri dengan majlis makan kuih raya.